Mar 17, 2011

Foods 4 Gaining Weight

Makanan Untuk Bina Otot

Ayam

Ayam merupakan sumber protein yang bagus untuk bina otot terutamanya bahagian dada.

100g dada = 45g protein

Daging Lembu

Ambil hanya daging merah. Kurangkan atau kalau boleh elakkan terus mengambil daging yang mempunyai
corak marble kerana ia mempunyai banyak lemak.

200g daging merah = 50g protein


Ikan

Anda boleh ambil ikan Salmon yang merupakan ikan yang mempunyai banyak protein di samping mempunyai omega 3 yang baik untuk jantung dan otak. Kalau di Malaysia, kita boleh ambil ikan Patin yang diketahui mempunyai banyak protein.

Selain dari ikan Salmon dan Patin, anda juga boleh dapatkan ikan Kod dan Tuna.

Telur

Merupakan sumber protein yang tinggi tapi berharga murah. Mungkin ada sesetengah kita merasakan makan banyak telur boleh menyebabkan kegemukan, tapi kenyataan ini silap. Selain protein telur juga mempunyai mineral, vitamin, asid amino dan choline yang merupakan antara zat yang penting untuk kesihatan tubuh badan dan otak.

1 biji = 6g protein

Susu

Susu merupakan sumber protein yang agak lambat dihadam dan membekalkan sumber asid amino kepada tubuh badan dalam masa yang panjang. Anda boleh amalkan minum 1 gelas setiap hari sebelum tidur seperti yang diamalkan oleh Rasulullah kerana susu boleh membekalkan sumber protein disepanjang anda tidur.

Kalau boleh ambillah susu rendah lemak kerana disamping memberikan protein kepada badan ia juga boleh mengempiskan perut anda. :)

Anda boleh ambil makanan yang mempunyai sumber protein yang tinggi yang disebut di atas sebagai makanan untuk bina otot  anda.

No comments:

Post a Comment