Petikan tulisan Za'Ba
“Maka hanyalah pada zaman-zaman yang akhir semenjak beberapa ratus tahun
 yang lalu ini sahaja orang-orang alim Islam hampir-hampir semuanya di 
serata dunia tidak lagi mempunyai semangat kesendirian kebolehan dan 
kelayakan untuk berbuat seperti pelopor-pelopor mereka yang dahulu kala 
itu. Ya, jika dicari sangat sedikit boleh didapati yang tahu dan boleh 
bersendiri, atau berani bersendiri; melainkan di mana-mana pun akan 
didapati mereka itu hanya biasa tertaklid sahaja dan kebanyakan daripada
 itu pula ialah bertaklid buta! Malangnya jika ada siapa-siapa yang 
mencuba berbuat seperti pakar-pakar Islam dahulu kala itu – iaitu 
melepaskan diri daripada kongkong taklid dan balik kepada Quran dan 
Hadis dengan kehendak-kehendak zaman dan hal-hal keadaan yang telah 
berubah sekarang – maka terus dilempar mereka akan dia dengan kata-kata 
yang tidak selayaknya seperti “sesat dan menyesatkan, memandai-mandai, 
membawa bidaah, mengubah-ngubah daripada jalan yang telah diatur oleh 
pakar-pakar dahulu kala itu (nenek moyang), tidak ada rupa hendak 
melebih daripada orang dahulu-dahulu” dan berbagai-bagai lagi. Yang 
betulnya duduklah juga membeku di tempat yang ada itu!! Mungkin juga 
kerana mereka sendiri tiada upaya membuatnya maka mereka tiada suka 
kalau ada orang lain pula dapat berbuat”.( Za’ba, Perangai Bergantung 
Kepada Diri Sendiri, m.s 33, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka 
2005)
ebook