Antara manfaat limau nipis ialah:
MANFAAT LIMAU NIPIS UNTUK RAMBUT
Mengatasi rambut gugur
Untuk mengatasi masalah keguguran rambut, ambil sebiji limau nipis dan
perah untuk mendapatkan airnya. Air tersebut kemudiannya disapu pada
kulit kepala dan biarkan semalaman. Bagi hasil yang lebih cepat, lakukan
setiap hari.
Menghilangkan kelemumur
Gunakan air limau nipis
dan sapukan pada rambut dan kulit kepala. Biarkan ia sehingga 20 hingga
30 minit sebelum dibilas. Anda boleh lakukan lebih daripada sekali
untuk hasil yang tidak mengecewakan.
MANFAAT LIMAU NIPIS UNTUK WAJAH
Menghilangkan jerawat
Campurkan satu sudu besar air perahan limau nipis dengan satu sudu madu
dan gaulkan sehingga rata. Kemudian, sapukan campuran yang telah
digaulkan tadi pada wajah selama 30 minit atau biarkannya sehingga
kering. Setelah kering, bersihkan wajah dengan air sejuk.
Menghilangkan bintik hitam
Potongkan limau nipis menjadi dua bahagian dan gosokkan pada wajah
secara lembut dan perlahan-lahan. Biarkan ia kering terlebih dahaulu
sebelum membasuh muka dengan air suam. Selepas itu, bilaskan pula wajah
dengan air sejuk. Pastikan limau nipis tersebut tidak disapu pada
bahagian kulit yang luka akibat jerawat kerana ia boleh menimbulkan rasa
pedih.
Mengecilkan pori-pori
Potong limau secara nipis dan sapukan pada sekitar hidung dan pipi serta bahagian-bahagian yang berpori besar.
Menghalus dan mencerahkan kulit
Potong limau secara nipis dan sapukan pada bahagian kulit yang gelap
dan kusam. Kulit anda pasti akan kelihatan lebih cerah dan halus jika
diamalkan setiap hari.
MANFAAT LIMAU NIPIS YANG LAIN
Menghilangkan bau ketiak
Campurkan air perahan limau nipis bersama sedikit kapur sirih dan
gosokkan di celah ketiak. Kemudian, bilas dengan air bersih. Lakukan dua
kali sehari dan anda pasti dapat rasakan perubahannya.
Membersih dan mencantikkan kuku
Gunakan air perahan limau nipis dan gosokkan pada kuku anda. Anda pasti gembira melihat hasilnya!
Melegakan ketegangan
Untuk melegakan ketegangan otot, hiriskan limau nipis dengan tipis dan
perah limau tersebut untuk mendapatkan airnya. Perahan air limau tadi
haruslah dicampurkan dengan sedikit air. Gosokkan pada bahagian tubuh
yang dirasakan tegang.